Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Kenangan yang takkan aku lupakan part 2




Pada 23 Mac 2013
Ini buat kali kedua saya pergi ke Bandar Hilir untuk buat kerja khusus sejarah, waktu ni
saya dan kawan-kawan belum sedia untuk melakukan tugas, kawan-kawan saya kalau dah
tak tahu apa kerja nak buat nanti diorang
 MP untuk njoy.....
Tapi saya takde lah nak njoy sangat, bukan saya sahaja kawan saya Halim pun sama.... 

Erm, dah tak tahu apa nak cakap.... gambar-gambar yang saya tunjukkan kat bawah
saya takkan masukkan kat facebook takut nanti budak-budak ni marah....


Hah, kalau korang nak tahu ni lah Halim....
Dia adalah ketua kumpulan kami hanya waktu Geografi sahaja.
Tapi saya tertanya dia ni kena buat muka comel ke?
saya rasa ye kot.... kalau korang nak tahu sifat dia sebijik macam abang saya,


Yang pakai baju biru tulah saya,
saya adalah ketua kumpulan hanya waktu sejarah sahaja.
Nampaknya dua ketua bersatu akal dan kepandaian untuk memikirkan cara
Bagaimana cara untuk menyelesaikan atau menyiapkan kerja kita.


Yang pakai baju merah tu bukan kumpulan kami, dia dari sekolah
SMK Bukit Katil, Kami pulak dari sekolah Maahad Ar-Rahmah
atau dikenali sebagai SMU (A) Ar-Rahmah.....


Baju unggu tu adalah kawan saya yang paling rapat sekali, tapi tahun ni saya
rasa tak sama macam tahun lepas, kalau tahun lepas saya lebih banyak berbual
dengan dia.... tapi tahun ni saya rasa sedih bila lihat dia dah ada kawan baik yang baru.
Eah, apa yang saya mengarut ni..... cerita dah terkeluar daripada tajuk.
sorry eah semua.


Yang baju hitam tu namanya Amar
baju hitam pulak namanya Umar.... diorang berdua makan Nasi Ayam


Makanan kegemaran saya adalah nasi Pataya, kalau pergi mana-mana
mesti saya order nasi Pataya, itulah makanan bandar paling sedap di Malaysia.
Halim pulak dia kena makan Nasi Ayam....boleh tahan sedap jugaklah Nasi Ayam tu.


Yang baju merah tu namanya Ghazi, dia bekas pelajar sekolah saya.
Nak tahu sebab apa dia pindah sekolah.....Erm, rasanya tak baik pulak bukak
aib orang lain....Astagfirullah.


Waktu ni kami sedang menunggu bas, kemain lama lagi kita orang tunggu
amik masa 30 minit untuk bas sampai ke sini.


Saya kecewa betol waktu ni, saya hanya ingin menjadikan satu kenangan
yang indah untuk mereka tapi mereka sia-sia kannya...
tapi jangan ingat saya nak mengalah, cucu cicit Sulaiman takkan mengalah.
Saya juga turut sama.



Hah, inilah jadi kalau tak nak tangkap gambar, saya paksa dia
supaya dia pandang tapi tak sangka pulak dalam masa yang sama,
saya dengan Habil sedang buat muka comel atau manja.
Jangan ingat kita orang sengaja ye, kita orang buat secara tak sengaja...huhuhuhu


Kan senang kalau awal-awal lagi dia pandang kemera...
takdelah susah saya nak paksa dia....

Gambar ni saya tangkap secara senyap-senyap sebab takut nanti diorang tutup muka...
huhuhu.....hebat tak saya, layak jadi egen.

Waktu ni dah sampai Melaka Sentrel..... Sekarang ni kena tunggu bas Panorama
sampai, kita orang tunggu Bas Panorama kat sini selama 42 minit 32 saat.
Kami ingin pulang ke Bukit Baru.


Ok, sekarang ni dah tiba masa untuk berpisah......
Gambar ni diambil waktu mereka di rumah saya dan waktu tu jugak waktu balik...
hanya dak Habil sahaja yang tak balik, dia duduk rumah saya sampai Isyak.
Waktu tu saya tengok dia risau sangat, sebab takut mak dia marah, erm saya
tak sangka mak dia tu bersikap hampir sama dengan penjaga saya.
Tapi redha jelah.... Insyaallah kemungkinan kami akan buatnya sekali lagi untuk kali ketiga.


Semoga menjadi kenangan yang sangat indah untuk saya...Aamiin Yarobbal Alamiin.
Kita akhiri dengan Tasbih fikarah dan Surah An-nas.


Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt