Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Meluahkan Perasaan Syahaziq di Blogger




Hari demi hari sakit saya makin merebak ke hati, Kadang-kadang saya harap sangat
ade orang yang memahami perasaan saya. Tapi saya harap sahabat saya Habil ambil berat tentang diri saya, tapi sayangnya dia tak nampak apa yang saya alami dan dia ambil berat sikit pun kat saya. Kadang-kadang saya selalu pegang dada saya untuk menahan sakit, saya memang tak nak sakit saya ni dirawat kerana inilah doa saya supaya dosa saya dapat di ampunkan.
Allahu Rabbi, kadang-kadang saya selalu berdoa kepada
Allah agar saya mati dalam keadaan Nur Cahaya, dan mati dalam keadaan suci. Bukan itu sahaja saya berdoa agar saya mati di bulan Ramadhan. Saya juga bukan berdoa untuk diri sendiri sahaja tapi untuk kawan-kawan juga.
Ini doa saya sewaktu selepas solat:


Ya, Allah aku bermohon keampunan dari mu, ampunkanlah segala dosaku Ya Allah!!Kuatkanlah iman, Tabahkan hatiku, lindungilah aku daripada kepanasan api neraka jahannam,
lindungilah aku dari seksa kubur. Ya Allah ampunkan dosa Ayahda dan Bondaku, juga ampunkanlah dosa penjaga-penjaga ku serta sahabat dan guru-guruku. Ya Allah aku bermohon kepada mu janganlah kau masukkan mereka ke dalam Api Neraka Jahannam, kerana aku tak sanggup melihat sahabatku dibakar disana. Ya Allah sesungguhnya hamba mu ini pasti akan menangis apabila membayangkan Api Neraka mu.
Rasanya tak baik saya luahkan kat sini, tapi kalau boleh saya nak luahkan sepuas-puas hati saya
dekat blogger. Biarlah entri ini menjadi kenangan jikalau umur saya masih panjang. Kalau nak tahu apabila saya solat berseorangan, juga solat dalam gelap saya selalu selepas solat akan berdoa sambil menangis kerana takutkan azab Allah, dan juga tak sanggup nak melihat kawan karib saya di masukkan dalam api neraka. Bagi saya, saya anggap yang Habil tu macam adik saya, sebab ada separuh perangainya sama dengan adik saya. Itu membuatkan saya jadi murah hati, kerana saya paling suka beri adik saya duit, juga belikan dia telefon. Jadi sekarang hati saya dah anggap dak Habil macam adik saya sendiri. Bagi saya dialah sahabat yang dulunya menasihatkan saya banyak perkara, sekarang budinya harus saya balas. Dengen umur saya yang masih ada. Jadi saya persembahkan Qasidah Tolamal Ashku yang bermaksud sudah lama aku menanggung rindu:
Klik Di Sini ----> Tolamal Ashku Gharomi

Doakanlah saya selamat di dunia dan akhirat ye pelawat Negara Amiru Ca'aziq.
Juga Doakan saya dapat 9A dalam PMR nanti.
Semoga Allah merahmati kamu semua yang mendoakan saya.

Kita akhiri entri ini dengan surah Wal as dan Tasbih Fikarah.
Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt