Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Kata-kata ini Saya tuju kan Kepada Sahabat Saya yang Bergelar Adik





Angah di sini ingin mengesahkan seorang sahabat yang bergelar adik.
Nama Sahabat Angah itu ialah Habil Bin Rosly, dia adalah seorang hamba Allah
yang amat Angah sayangi... kerana dia adalah satu-satunya kawan yang mengajar
Angah erti persahabatan, tapi malangnya Angah sendiri yang memusnahkan
persahabatan itu atas sebab sesuatu yang tak dapat di elakkan.

Habil Bin Rosly adalah sahabat yang Angah sayangi ataupun Angah memanggilnya
sebagai Alang dan Angah menganggapnya sebagai seorang adik.
Banyak kenangan Angah Bersamanya dia, kenangan yang paling Angah suka
bila kami sama-sama membuat satu lagu boria yang bertajuk Kerajaan Sulaiman.
Dulu masa Angah tingkatan 2, Angah gelarkan Ayahda Raja Sulaiman sebagai
seorang bapa Angah. Tapi Habil la orang yang amat mempercayai Angah sampailah
kami menjadi kawan yang sangat rapat ketika itu.

 

Gambar di atas masa Angah di tingkatan 2.


Apabila kami di tingkatan 3 kami dapat satu pengalaman yang amat
hebat dan menyusahkan iaitu membuat kerja khusus sejarah dan geografi...
hehehehehe.... itulah kerja yang paling memenatkan dalam sejarah.

Gambar yang ini masa Majlis Maulidur Rasul semasa di tingkatan 3


Ini pulak separuh kenangan Angah dan Kawan-kawan membuat kerja khusus.
Juga pada hari itu jugak la muncul satu sifat yang tak pernah ada dalam hati Angah,
Iaitu sayang kepada sahabat. Juga Angah letakkan mereka semua dalam doa harian Angah.

Jadi Angah nak bagi tahu kepada engkau wahai Adikku Habil, kalau benar persahabatan
kita sampai di sini. Angah nak kau tahu kaulah sahabat yang terpilih menjadi
sebahagian daripada kekuatan Angah. Kau tahu tak Angah amat rindukan persahabatan
kita yang dulu, tapi angah tahu ayat yang engkau akan sebut
"pergi mampuz sama kau" atau "Ada aku kesah"

Ayat itulah yang kau selalu keluarkan, bila angah menegur...
tapi Angah harap sangat di beri satu lagi peluang untuk Angah bersama dengan kau Alang.
Andainya Tuhan yang Maha Lemah Lembut(YA LATIF) dapat lebutkan hati kau Alang
tentu mudah bagi Angah. Angah takkan rasa teramat rindu pada kau kalau
mimpi tu tak asyik muncul jew. Mungkin ada sesuatu yang mahu di sampaikan,
yang tak dapat Angah terjemahkan dan Angah tahu ianya adalah perkara yang baik.
Kalau kau membaca entri Angah ni,
Angah mohon seribu kemaafan atas kesilapan Angah sebelum ini
Angah berharap kita kembali seperti dahulu tapi andainya tidak terjadi,
janganlah engkau lakukan perkara yang tak disukai orang.


P/S:- hargailah persahabatan dan jadikanlah kesalahan lalu sebagai pengajaran supaya
        kita tidak mengulanginya lagi, ayat ini bukan pengajaran bagi saya sahaja... Malah
        kepada semua insan yang sama seperti saya....

Imam Al Ghazali ada berpesan
Persahabatan itu bukan indahnya pada pertemuan, tapi pada ingatan seseorang
terhadap saudaranya di dalam doanya.

I Ask Allah to make you happy, make you smile, guide you safely through every
smile, grant you wealth and most of all grant you a successful life... Insyaallah.
Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt