Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Maahad An-Nuriah Ad-Diniah adalah sekolah baru ku (Part 1)




Hai kawan-kawan blogger ku, hari ini entri saya pasal sekolah baru saya
iaitu Sekolah Menengah Ugama An-Nuriah Ad-Diniah, ataupon dalam
kata lain Maahad An-Nuriah Ad-Diniah. Sekolah ini pengasasnya ialah Tuan Guru
Hj.Abdul Wahid seorang yang hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi.
Mengikut pelajar-pelajar dari generasi 30 atau 43, diorang bagi tahu saya bahawa
beliau adalah seorang yang berilmu tinggi dan ilmunya bukan biasa-biasa.
Menurut cerita pelajar generasi 30 atau 43 Tuan Guru Hj Abdul Wahid bukan setakat
mengajar manusia malah di waktu malam dia akan mengajar Jin Islam di surau.
Tapi sekarang dia tak ada kat dunia kerana ia sudah kembali ke rahmatullah, tarikh saya tak
tahu bila kerana saya pelajar baru di sana jadi tak banyak sangat saya tahu pasal sekolah
An-Nuriah Ad-Diniah.


Di Maahad An-Nuriah Ad-Diniah hanya ada satu unit ber uniform(koko)
iaitu Unit Amal... Unit Amal adalah unit yang selalu melakukan kerja amal tanpa di kenakan
bayaran, contohnya seperti menjaga lalu lintas bila kerja kahwin atau menjadi kendarat kenduri kahwin dan sebagainya.


Gambar di atas ialah gambar ahli unit Amal dari kumpulan AlFA yang
kekuatan seramai 29 orang termasuk yang tidak ada dalam gambar.
Di bahagian belakang sekali pula adalah kumpulan lain yang kekuatan seramai 13 orang,
gambar di atas ialah gambar ahli Unit Amal dari bahagian Muslimin.


Ini pulak keseluruhan ahli Unit Amal dari bahagian kaum Muslimin dan Muslimat,
sebenarnya ramai lagi cuma kamera tak muat nak masukkan ramai-ramai dekat dalam
gambar....huhuhu

Unit Amal juga ada mengadakan program luar sekolah iaitu program perkhemahan,
program perkhemahan yang mereka buat memang menyeronokkan.
Sebelum ni memang jarang saya join kem perkhemahan tapi memandangkan saya
ingin mencari pengalaman baru jadi join je lah kan....


Ini adalah salah satu gambar dari program perkhemahan Unit Amal, dalam gambar
ini ada sebahagian mereka adalah orang luar dan separuh lagi adalah pelajar An-Nuriah.
Di gambar ini juga terdapat dua orang adik kesayangan saya dari keluarga asrama Omar Mokhtar iaitu Hazim dan Hasif, baju yang mempunyai lukisan pelangi adalah Hazim dan yang berbaju hitam pula adalah Hasif. Juga yang berbaju kuning itu juga adalah keluarga jiran saya
iaitu keluarga asrama Salahuddin, namanya ialah Azrol.

Jadi banyak perkongsian tentang An-Nuriah yang saya ingin kongsikan jadi
insyaallah kalau ada umur yang panjang kita akan sambung entri ini di (Part 2).
Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt