Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Maahad An-Nuriah Ad-Diniah adalah sekolah baru ku (Part 2)



Hai kawan-kawan bersambung kita pada cerita yang lepas iaitu Part 1 nya cerita,
tapi kali ini kita cerita pasal warden dan kawan-kawan saya. Kalau boleh saya harap sangat
dapat tangkap gambar dengan ahli keluarga saya iaitu keluarga Omar Mokhtar tapi apakan daya la kan dah tak ada rezki sedih rasanya....ermm.



Ini adalah geng rumah biru saya, rumah biru mempunyai guru penasihat yang
spoting dan yang terbaik juga mempunyai ahli pasukan yang selalu bersemangat menentang
rumah merah...hhuhuuhu.
Guru Penasihat bagi rumah biru ialah Ustaz Suhairi yang berada di hadapan perempuan
bertudung putih iaitu yang memakai baju biru ala-ala silau putih.



Hahh!!! Di sini saya ingin perkenalkan warden-warden saya, yang berbaju hijau itu
adalah Ust Muhammad iaitu warden yang mahir dalam bab kemahiran aksi sukan... kalau
nak di ikutkan rasa teringin nak belajar teknik yang dia buat tapi sebab kesihatan tubuh
yang selalu bermasalah jadi memang tak boleh saya lakukan teknik itu untuk masukkan dalam seni pertahankan diri yang saya telah belajar. Jadi kita sambung semula dalam sesi
perkenalan warden, di bahagian belakang warden berbaju hijau itu pula ialah
Ust Fiqri dia adalah seorang warden yang tegas dan juga aktif dalam menaikkan stamina
tubuh seperti bina badan senaman pagi dan sebagainya.

Warden yang berbaju biru itu ialah Ust Suhairi, dia adalah warden yang sangat baik hati
juga kata-katanya di kala pagi memang membuahkan rindu di kala sepi tapi cuba
kawan-kawan lihat di dalam gambar rasa sedih bila dapat tahu yang Ust Suhairi kemalangan
semasa mahu pulang dari pantai kalau Ustaz tiada dekat asrama siapalah yang nak kejut saya lebih awal dari yang lain, dan siapalah yang akan bantu saya kejut keluarga asrama Omar Mokhtar dan Salahuddin.



Inilah ayat yang biasa di gunakan di pagi hari iaitu di kala sepi menjadi happy...
Kawan-kawan semua mesti tertanya kenapa ayat macam ni boleh buat
di kala sepi menjadi happy??
Kawan-kawan semua tidak faham macam mana kami rasa di asrama kami, ada kala kami gembira dan ada kala kami rasa sedih tak terhingga... dasyat diorang punya sedih,huhuhu.

Juga di dalam gambar di atas terdapat dua orang kawan baik saya iaitu Firdaus dan Syazwan,
mereka adalah kawan yang banyak membantu saya di kala saya perlukan bantuan atau tidak memerlukan bantuan. Juga saya masih ingat lagi hari di saat-saat paling indah iaitu hari lahir saya 3 Mac, gembira rasanya bila hari lahir saya dirancang oleh Ust Suhairi, Syazwan, Firdaus dan Rahim. Tapi kalau nak di ikutkan tradisi hari jadi di asrama ermmm, memang dah confirm lah kene telur dan tepung....huhuuhu.
Tapi secara pemulaan memang dalam hati saya ada kandungan perasaan marah, tapi bila
saya tengok syazwan dan adik-adik saya pun kena tepung jadi itu membuatkan perasaan marah yang terkandung dalam hati itu mula di bangkitkan dengan ukiran senyuman dan kegembiraan.

Saya kalau boleh nak tunjukkan gambar saya semasa di mandikan dengan tepung juga di shampoo kan dengan telur, akibat ustaz saya yang tak reply mesej saya di facebook jadi
kawan-kawan tak dapatlah nak tengok gambar saya semasa di mandikan dengan tepung.

Jadi setakat itu sahajalah perkongsian saya tentang sekolah An-Nuriah Ad-Diniah,  jadi
kita bersambung semula di Part 3 di masa akan datang. Insyaallah
Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt