Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Bab 1: Taharah dan wuduk

Sentuh khinzir dan anjing dengan sengaja....

Soalan:
Ustaz apakah hukum sekiranya seorang yang beragama Islam menyentuh anjing dan khinzir dengan sengaja?

Jawapan:
Menyentuh sesuatu yang menyebabkan najis terlekat pada pakaian ataupun badan tanpa tujuan
adalah makruh kerana Nabi memerintahkan kita menjauhi kotoran dan najis.

Hingus najis?

Soalan:
Adakah hingus diketegorikan sebagai najis yang membatalkan wuduk dan solat?

Jawapan:
Hingus bukan najis dan ia tidak membatalkan wuduk dan solat. Ini kerana, hingus benda yang dianggap kotor dan tidak disukai oleh manusia, tetapi ia bukan najis. Benda yang kotor semestinya najis, tetapi ia bukan najis. Benda yang kotor tidak semestinya najis, tetapi benda yang najis itu semestinya najis, tetapi benda yang najis itu semestinya kotor.

Gunting rambut, tetapi belum mandi wajib
Soalan:
Ustaz, sekiranya kita menggunting rambut sedangkan kita belum mandi wajib, adakah rambut yang di gunting itu perlu dikutip semula?

Jawapan:
Tidak perlu kutip semula rambut itu, hanya rambut mayat perlu di mandikan.

Air lebihan wuduk
Soalan:
Ustaz, air lebihan wuduk boleh diguna semula ataupun tidak?

Jawapan:
Air mustakmal (air yang sudah digunakan bagi bersuci) tidak boleh digunakan bagi mengangkat hadas dan membersihkan tempat yang terkena najis. Untuk kegunaan-kegunaan  lain seperti merendam, membasuh pakaian,minum, dan sebagainya, ia dibolehkan.

Sentuh kemaluan ketika ada wuduk
Soalan:
Ustaz, menyentuh kemaluan sendiri ataupun kemaluan orang lain dapat membatalkan wuduk. Bahagian mana yang sekiranya disentuh ataupun tersentuh, batal wuduk bagi lelaki dan perempuan?

Jawapan:
Bagi lelaki adalah pada bahagian zakar sehingga hujung kepala zakar, manakala bagi perempuan pula adalah pada dua bibir faraj termasuk kelentitnya. Bagi bahagian dubur pula adalah sama sahaja bagi lelaki dan perempuan , iaitu pada bulatan dubur.

Berwuduk, tetapi bertindik di hidung
Soalan:
Ustaz, bagaimanakah cara berwuduk bagi orang wanita yang bertindik pada hidung?

Jawapan:
Cara berwuduk adalah seperti biasa, cuma alat yang bertindik pada bahagian hidung itu mesti di buka supaya air dapat diratakan ke seluruh bahagian muka.

Kencing yang tidak membatalkan wuduk
Soalan:
Dalam keadaan manakah kencing tidak membatalkan wuduk?

Jawapan:
Keadaan kencing yang tidak membatalkan wuduk ada dalam beberapa keadaan iaitu:
*Kencing melalui saluran yang di tebuk dari pusat.*Kencing orang dedas, iaitu sejenis penyakit kencing tidak lawas. Mereka yang  termasuk dalam golongan ini biasanya perlu memakai cawat dan mempunyai syarat-syarat yang perlu diikuti.
 *Kencing orang tidak ada wuduk.

No comments :

 
full design : jiakreatifelt