Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Pergi Sekolah untuk Menuntut ilmu


Assalamualaikum....


Hari ni rasa macam nak beri nasihat sikit kat korang......
Rasanya saya dah banyak nampak sahabat-sahabat saya,
yang biasanya diorang kata sekolah ini tak best lah, sekolah tu dah rasa menyampah atau benci....ok, saya akan bagitahu sikit pasal perkara ni.....

Saya ada banyak kawan-kawan yang berperangai macam ini...... terutama bagi orang perempuan,
Sebenarnya apa tujuan korang pergi ke sekolah cuba cakap sikit dengan saya,
korang pergi sekolah sebab nak cari kawan atau cara masalah kawan, ataupun masalah sekolah.
Cuba fikir pakai akal sikit, kalau setiap kali korang pergi sekolah nak cari masalah budak-budak sekolah lepas itu korang kata sekolah ini budak-budak macam lembu le, macam kambing le.
Kau ingat baik-baik tujuan korang pergi sekolah untuk apa, untuk menuntut ilmu atau nak cari kesalahan/keburukan budak-budak sekolah?

Pergi sekolah untuk menuntut ilmu bukan untuk mencari dosa..... Tak kiralah bertapa buruknya perangai budak-budak sekolah itu, kita tetap harus bersabar dengan mereka, dulu masa saya suka ikut dakwah(Tabligh) saya pun rasa macam tak boleh bersabar dengan perangai buruk budak-budak sekolah saya.... Sebab hati saya masa itu penuh dengan Dakwah(Tabligh) sampai pintu hati untuk menuntut ilmu dunia tertutup, malah rasa bagaikan syaitan membisik di telinga ku. Tapi ada satu kemalangan yang membuatkan saya faham dakwah bukan segalanya tapi ilmu dan amalan itulah segalanya.

Mungkin korang tertanya-tanya Dakwah pun bukan ke amalan jugak?....tetapi bagi saya Dakwah itu memang amalan tapi cukup ke amalan yang korang bawak, mungkin semasa korang buat dakwah bukannya orang tu nak dengar pun....
ok, saya ceritakan bagaimana saya boleh faham dakwah bukan segalanya. ceritanya macam ni:-

Pada masa tu 7/01/2012, pada malam tu saya nak ke kedai..... masa tu saya memakai pakaian jubah sebab masa tu saya baru balik buat dakwah(tabligh), masa tu saya pergi kedai naik motor pada waktu tu saya memang terlalu berlagak alim... Sebelum naik motor saya ada baca doa naik kenderaan, selepas pergi kedai saya pulang lalu sawah.... semasa lalu kat situ tiba-tiba dengan takdir Allah, seekor kelawar hinggap di muka ku, lalu saya menghalau kelawar itu sambil membawa motor, semasa kena halau kelawar tu saya pun terperah motor tu kuat-kuat,
kat depan saya ada lima tiang besi, tiga tiang tu kemek di sebabkan bahu kiri saya berlagar dengan tiang tu, masa tu betul-betul saya rasa macam dapat petunjuk... mungkin persahabatan dan menuntut ilmu lebih baik dari mencari keburukan.

Mungkin takde kena mengena dengan korang, tapi bagi saya Allah itu maha agung..... kalau asyik kita merungut je, kalau kahwin dengan seorang hamba Allah yang pandai tetapi si isteri/suami itu tidak berilmu, tak ke kita berasa malu.....
Kalau terlebih manjakan nafsu lama-lama kita tak kan tahu bagaimana rasanya berjaya, Saya tahu kadang-kadang cikgu kita suka sangat bagi kerja rumah banyak sangat sampai kita mula merungut dan syaitan pun membisik di telinga kita.
Jadi sementara masih hidup carilah ilmu, selepas cukup ilmu yang kita cari maka sebarkanlah
di dengan pebagai cara seperti sebarkan di facebook, di fan page facebook, blog, ask, surau, masjid dan sebagainya.
Ingat rasulullah pun pernah bersabda:

Sebarkanlah ilmu yang ada pada diri kamu, janganlah kamu mengrahsiakan ilmu kamu,
sesungguhnya orang yang tidak berilmu maka dia dari kalangan orang-orang yang rugi.
Cari ilmu dulu baru boleh dakwah(tabligh), jangan bila kamu dakwah(tabligh) org.... tiba-tiba orang tu tanya pada kamu soalan pelik-pelik kamu nak cakap apa.
Ingatlah ilmu itu penting dalam kehidupan kalau tiada ilmu maka tiadalah kita ketahui hanya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiadalah kita ketahui ilmu-ilmu feqah yang di ajarkan oleh mazhab-mazhab kita.

Itulah yang dapat saya beritahu, yang baik datang dari yang buruk datang dari diri kita sendiri,


saya ucapkan Assamualaikum w.b.t.


Happy New Year Friends

No comments :

 
full design : jiakreatifelt