Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Ayat nasihat sahaja.....insyaallah ada kata-kata pujian untuk Allah

Assalamualaikum w.b.t.........
sesungguhnya kita bersyukur dapat hidup di muka bumi ini dalam keadaan islam......
aku juga beruntung dapat menjadi islam dan dilahirkan sebagai islam.....
Allah!!Allah!!Allah!!!
Maha suci mu ya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan memberi kehidupan kepada penduduk bumi......
saya adalah seorang hamba Allah yang teridam-idamkan untuk pergi ke baitul maqdis dan baitul haram saya ingin sekali bersolat di hadapan kabbah dan mencium hajarul aswad.....
tak mengapa saya cerita lain kali, sejak akhir-akhir ni kita sering kali melihat dan ternampak semua kebesaran Allah S.W.T........ mungkin kita ketahui pada bulan-bulan yang lepas banyak kebesaran Allah berlaku, mungkin orang Alim kata kebesaran Allah ada dimana-mana seperti tanah,air,binatang dan sebagainya. Itu kata-kata dari orang Alim, tapi bagi orang yang jahil dia jarang melihat kebesaran Allah berlaku didepan mata nya.
Sebenarnya kalau korang nak tahu pada telinga korang ada tulisan Allah, korang tengok betul-betul pada garisan telingan korang mesti macam bentuk alif hahhh....lepas tu korang tengok la sendiri. Tapi hati yang kotor wajib dicuci, bukan cuci dengan sabun atau benda-benda lain sebagai alat pencuci... itu bukan tapi cara untuk membersihkan hati yang kotor adalah dengan membuat kerja amal dan berbuat baik. Hati yang berkarat bagaikan barang yang rosak..... erm, mungkin macam ni kot pepatahnya....huhuhu
aku hentam saje la.



tengok gambar tu sungguh hebatnya kebesaran Allah S.W.T......
gambar ni sebagai contoh jew :-)
tapi korang tengok macam real kan, tengok kulitnya dia koyak kan, dengan maka keluar la
hati suci yang tertulis Allah.....

Ok, saya bagi 5 nasihat untuk bantuan kamu semua.....

1) kalau kamu mahu petunjuk maka solat lah kamu dengan niat solat istikharah......
2)kalau kamu mahu doa kamu cepat di makbulkan maka buat lah solat hajat pada hari jumaat atau bulan ramadhan.....
3)kalau kamu mahu mengadu sambil itu kamu berhajat pada Allah maka buatlah solat tahajjud iaitu pada separuh malam dalam pukul 3:00 pgi.....
4)kalau kamu ingin segala dosa-dosa mu diampunkan maka berpuasa la kamu pada bulan muharram.
5)kalau kamu tak mahu di azab oleh Allah maka bacalah surah Al-Mulk muka surat 562 dalam al-  quran kalau kamu semua tidak mahu diseksa oleh azab Allah maka baca lah surah ini.

Maksud disebalik nasihat yang saya beri kat atas tadi kalau tak faham maksudnya buat-buat faham jelah ye........hehehehe

1)solat istikharah adalah solat yang inginkan petunjuk sebagai contoh si polan ni ada dua makwe tapi dia tak tahu nak kahwin dengan antara dua makwe nye, jadi dia buat solat istikharah waktu sujud terakhirnya dia berdoa kepada Allah di dalam hatinya, dia berkata di dalam hatinya wahai tuhanku kau berikan la hamba mu petunjuk untuk mengahwini yang mana 1 makwe ku dan masa depan ku yang cerah bersama makwe ku antara 1.... dan lepas tu kalau nak tahu macam mana petunjuknya begini hati korang akan rasa mahu melarikan diri dari makwe pertama ataupun hatinya tidak lagi memandangnya sebagai makwe nye lagi.....mungkin itu petunjuknya, hanya Allah sahaja yang tahu......saya hanya bagi 1 contoh jew.

2)Memang betul nasihat tu tapi korang jangan berdoa saja-saja jew, apa ke bende doa macam tu.... korang kene doa dengan hati yang ikhlas, jangan semasa kamu berdoa dengan hati yang lalai , sesungguhnya Allah tidak memakbulkan hambanya dengan hati yang lalai.... tak semestinya kalau korang berdoa nak jadi kaya, lepas tu korang ingat duit tu boleh muncul sendiri kat langit jatuh atas rumah korang, takkan adanya sebab Allah takkan buat cara macam tu Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana...
3)tempat yang paling senang dimakbulkan doanya adalah diwaktu tengah malam kerana nabi pernah berkata waktu kita paling dekat sekali dengan Allah adalah di waktu malam kerana waktu itu manusia sedang tidur dengan lena.
4)itu aku amik dalam hadis tak berape nak ingat...... 
5)Surah Al-Mulk surah yang akan melindungi kita dari azab Allah..... sebab saya ada terbaca dalam kitab, dalam kitab tu tulis sesungguhnya barangsiapa yang membaca atau menghafal surah Al-Mulk maka dia akan dilindungi dari azab kubur dan azab Allah.
ok lah itu saje yang saya dapat sebarkan insyaallah saya akan sambung kisah tentang surah Al-Mulk ni.... bersabar ye semua :-)
Assalamualaikum???

No comments :

 
full design : jiakreatifelt