Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Benarkah Dunia Nikmat

Assalamualaikum..... hari ni saya akan bercerita tentang benarkah dunia nikmat???

Tanpa kita sedari kita diselubungi kasih sayang Allah s.w.t. Allah sentiasa menyeru kita agar sentiasa mengingati dan mengamati kata-katanya dalam al-Quran.



    Indah sungguh kata-kata Mu ya Allah sehingga tiada cacat celanya. Allah sering berpesan supaya kita menjadi insan bertakwa dan memerhati alam ciptaannya agar kita menjadi insan yang mengambil iktibar, lantas memiliki iman yang kental dan yakin.
    Dunia yang Allah jadikan sebagai hamparan yang luas ini mengandungi nikmat yang terlalu banyak sehingga tidak mampu dihitung oleh insan. Segala ciptaan ini hakikatnya adalah untuk kita meneliti dan mencari kasih Allah di sebalik nikmat yang terbentang.
    Bumi itu  hamparan dan langit pula binaan. Binaan yang tiada tiang atau cerucuk dalam yang menegakkannya. Subhanallah, Duhai insan, bagaimana kita dapat membina yang sangat luas di atas, tanpa tiang kukuh yang menyokong? Sudah tentu beribu-ribu tiang diperlukan untuk menyokong binaan kita yang besar. Duhai akal, carilah kasih sayang Allah daripada ciptaannya.
   Langit yang luas ini turut dijadikan Allah sebagai sumber rezeki kepada hamba-hambanya yang dihidupkan. Titisan hujan turun dari langit memberikan kehidupan kepada bumi yang tandus dan gersang serta menyuburkan tanah yang terbentang. Lantas bumi menjadi hamparan yang subur. Malah daripadanya dihidupkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lazat dan berkhasiat.
   Masyaallah, segala-galanya ini diciptakan  untuk kita nikmati. Bagaimana dengan bayarannya?tiada bayaran untuk semua ini . Namun kita sebagai manusia sering lupa dan alpa. Aneh, lebih ramai yang hidup dengan nikmat Allah, namun ingkar akan arahannya. Tahu kewujudan perintah Allah, namun tetap melanggar dan melawan. Walaupun begitu, Allah tetap menurunkan segala nikmat untuk kita terus hidup di dunia ini dengan selesa. Merasai, mengecap dan mengaut segala nikmat dunia yang ada.
   Sedarlah aduhai hamba Allah, segala yang diberikan oleh Allah di dunia ini adalah untuk mencari takwa agar kita tidak menyekutukan Allah dengan kuasa lain yang sudah pasti lemah dan tidak berkuasa. Andai kita tidak melihat dunia dengan pandangan yang benar, pasti kita hanya mampu melihat keindahannya yang fana, tanpa dapat mendakap kasih sayangnya.



Post a Comment
 
full design : jiakreatifelt