Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Kata-kata dari Amiru Ca'aziq






Hahh, hari ni malas saya nak luahkan perasaan..... Mod kejap ada kejap tak ada.
Saya selalu berharap ada orang yang boleh memahami diri saya, erm tapi tak ada sapa pun yang faham saya. Saya ni sakit, tapi tak ada sape pun yang tahu kecuali sahabat saya dari
kaum hawa iaitu Najah Husna. Saya kadang-kadang luahkan masalah kat dia. Sebab mungkin dia boleh bantu saya suatu hari nanti. Tapi saya tak ada hati sedikit pun dekat
dia untuk bercinta, sebaliknya saya anggap dia sbagai seorang kakak.
Dialah yang boleh buatkan kegembiraan datang kembali pada Habil,
tapi saya tak mampu untuk buat kawan saya gembira.
Tapi melalui kelebihan yang saya ada, saya boleh rasa
yang diri saya ni seperti beban baginya, bukan baginya sahaja tapi turut sahabat-sahabat
saya yang lain. Dulu saya tak pernah faham erti persahabatan, tapi bila saya kenal
je dak Habil dan Amirul Hakim saya memahami erti sebenar persahabatan.
kalau korang tak kenal sape Habil atau Amirul Hakim, sila pergi di menu
atas sekali dan klik About Me.

Tapi banyak dah berubah, kepercayaan saya pada dia dah pun hilang, saya ingat
nak jadikan dia hot sama macam saya. Tapi bila dia tukar password facebook dia je,
saya boleh nampak yang dia tak letakkan kepercayaan kepada saya. Tapi tak
kisahlah, bukannya saya nak paksa pun cuma terasa luka dalam diri jew.
Dulu masa tingkatan 2, pada bulan 11 saya mengalami sangat tenat. Tapi sakit tu
buatkan separuh jasad saya tak dapat melakukan solat. Sakit saya tu saya hanya diamkan sahaja walaupun saya tulis status kat facebook yang saya dah pergi hospital check,
tapi sebenarnya takde pun. Status yang saya tulis pada waktu tu hanya sekadar nak tenangkan kawan-kawan saya yang mengetahui sakit saya.
Tapi walaupun tak dapat melakukan solat, saya terpaksa buat jasad saya terseksa
semata-mata untuk solat secara berjemaah. Saya tak suka solat sendiri sebab
saya tak nak satu pahala sahaja yang saya dapat tapi saya nak banyak  pahala.
Sewaktu solat, mengalir air mata saya kerana pedihnya jasad saya bila nak sujud dan rukuk dalam sujud saya berdoa kepada Allah. Ya Rabb ku Azzawajjala, jikalau  ajal ku sudah dekat janganlah engkau menarik nyawa ku pada bulan yang tidak sepatutnya. Sesungguhnya Ya Allah, tangguhkanlah ajal yang ko takdirkan kepada ku, sesungguhnya ambillah nyawa ku pada bulan ramadhan yang berkat.
Aamiin Yarobbal Alamiin. Selepas solat pada waktu tu, hari demi hari sakit saya beransur pulih. Tapi di gantikan dengan banyak dugaan yang menimpa diri saya.
Tapi saya berharap saya boleh menjadi manusia yang mati dalam keadaan beriman
sebagaimana sahabat-sahabat r.a.
 Jadi itulah yang dapat saya sampaikan.
Jazakallah Khairan Kasiroh.

1 comment :

Syamimi Saad said...

jangan la sedih ya.. Allah tengah menguji kekuatan awak tu.. awak sakit apa?

erm..akk dah alami mcm2 dalam mengenal erti persahabatan.. kadang2 bukan mudah nk cipta persahabatan yang terbaik..mmng banyak dgaannya.. sabar la selagi mampu ye..

 
full design : jiakreatifelt