Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Putuskan Siratul Rahim? Apa nak jadi ni wahai anak Adam...







Salam Uhkwah wahai sahabat sekalian, untuk entri kali ini saya akan kongsikan
sedikit ilmu kepada sahabat sekalian...
Sekarang ni, ramai orang yang bergaduh tentang hal kecil sampai sanggup memutuskan hubungan siratul rahim sesama islam... TapiAdakah kamu semua tak terfikir apa hukum orang yang memutuskan hubungan
siratul rahim sesama islam... sama ada dengan kawan ataupun keluarga sekalipun.
Mai sini, saya bagi tahu...
Hukum orang yang memutuskan hubungan siratul rahim adalah berdosa besar,
malah ia di haramkan memasuki syurga kerana
"Tidak sempurnalah Iman seseorang yang tidak mengasihi
saudaranya yang lain" Imam Al-Ghazali

Tak Malu ke dengan Allah, dah putuskan hubungan siratul rahim Lepas tu mintak macam-macam dengan Allah, Ingatlah saudara..
mati itu benar, soal kubur itu benar, buku catatan amal di beri itu benar.
Saya beritahu sahabat-sahabat sekalian sebab saya sendiri pernah alaminya,
Allahu Rabbi, mula-mula mungkin kamu ingat biasa-biasa jew bila dah putuskan
Hubungan siratul rahim, tapi lama kelamaan Allah akan tunjukkan
azabnya di atas muka bumi ini juga, sehinggalah kamu bertaubat dan memohon
maaf kepada saudara yang kamu telah putuskan siratul rahim..

Kalau kamu tak sebut putuskan hubungan sekali pun, kalau kamu bergaduh
sehingga tak bertegur sapa maka itu di kira memutuskan hubungan siratul rahim jugak.
Tapi untuk tahu kita dah putus hubungan siratul rahim ke tidak, senang sahaja...
Kalau kamu tak bertegur sapa sampai berlangsung 3 hari, maka dengan itu berdosa
besarlah kamu jika kamu tidak bertaubat dengan segera...

Jadi itu sahajalah yang dapat saya kongsikan pada entri kali ini,
saya ucapkan Jazakallah Khairan Kasiroh....

No comments :

 
full design : jiakreatifelt