Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Jangan Gopoh-Gapah Solat




Wahai Saudaraku,
Janganlah engkau gopoh-gapah semasa mendirikan solat, kerana di hadapanmu adalah
Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai Saudaraku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solat itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batak, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai saudaraku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya  dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh-gapah di hadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.

Wahai Saudaraku,
Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.

Wahai Saudaraku,
Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambillah kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.

Wahai anakku,
Di saat engkau sujud, iblis menangis dan akan lari darimu. Iblis enggan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai saudaraku, sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasih sayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu di waktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di saat mana manusia yang durhaka berdukacita.

Semoga Allah menerima amalah kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadanya. Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan ampuni kami atas kecuaian kami selama ini. Aamiin.

                 (SENYUM SELALU)

No comments :

 
full design : jiakreatifelt