Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam Hati

Assalamualaikum.....
saya nak bagi tahu ketika Ambil wuduk niatkan dalam hati, iaitu niat semoga dosa di ampunkan, ok, macam ni caranya untuk niat......tengok kat bawah.

1)Ketika berkumur, niatlah kamu dengan.....Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku.

2)Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan.....Ya Allah, putihkan lah muka ku di akhirat    kelak, aku bermohon janganlah kau hitamkan muka ku.

3)Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu  dengan.....Ya Allah, berikanlah buku amalan ku di tangan kanan ku.

4)Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan......Ya Allah, janganlah engkau memberi buku amalan ku di tangan kiri ku.

5)Ketika membasuh kepala, niatlah kamu dengan......Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasy mu.

6)Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan.....Ya Allah, ampunilah telinga ku yang mendengar perkara-perkara maksiat.

7)Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan......Ya Allah, permudahkan aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.

8)Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan.......Ya Allah, bawakan daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat maksiat.

Kalau nak niat dengan ayat sendiri pun boleh, saya cuma ajar je..... erm, harap perkara yang korang niat jangan niat dengan hati yang lalai......


Korang tengok gambar kat atas tu, air laut itu di ibaratkan menghapuskan dosa-dosa pada diri kita, korang tengok ada makhluk kan kat pasir tu, hah, itu di ibaratkan seperti dosa..... ape jadi kalau makhluk itu kambing tak ke mati tu kena ombak laut yang kuat.....
begitu juga dengan dosa, tapi dosa takkan mati cuma terhapus saje......Biasanya kat TV3 waktu magrib mesti ada sabda nabi saw kan...... hah, dalam firman itu berkata:-
Angkatlah wuduk kamu dengan sempurna kerana dosa-dosa kamu akan mengalir keluar jikalau wuduk kamu di sempurnakan.......maksud sempurna itu adalah niat, kalau takda niat maka tidak sempurnalah air sembahyangnya.
jadi korang mungkin dah fahamkan, insyaallah..... apa yang saya beritahu ada kebaikan untuk semua....Insyaallah!!!

No comments :

 
full design : jiakreatifelt