Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Mendiam dan Rahsia tapi sakit rasanya




Hari ni 11/5/2013
Waktu pagi tadi, sedang saya mandi-mandi tadi mulut saya mengalirkan
darah, saya terkejut. Tapi bagi saya tu hal biasa, sebab kadang-kadang dekat sekolah pun saya kena macam tu jugak. Tapi tak seteruk hari ni, hari ni
datang kembali sakit di bahagian dada saya. Saya tak kisah pun kalau sakit tu datang kembali, selagi saya mampu bertahan saya akan bertahan. Mulut
ni setiasa untuk memberitahu pada kawan-kawan, tapi saya mampu bertahan daripada mendedahkannya kepada semua orang. Saya hanya bagi tahu kawan
wanita saya jew pasal sakit saya ini iaitu Najah Husna.

Dialah tempat saya meluahkan perasaan dan dia jugalah yang membantu saya dalam banyak perkara. Walaupun macam tu tapi hati saya tetap dalam pendirian sebagai kawan bukannya percintaan, tapi bukan dia sahaja tempat saya meluahkan perasaan tapi Allah jugalah tempat saya mengadu dan meluahkan perasaan. Saya harap sangat Allah akan makbulkan doa saya, ingat lagi tak
apa yang saya doa dahulu, dalam entri saya iaitu luahan perasaan.
Pandai-pandailah kami cari entri lama saya tu.

Sakit ni bukan berlaku pada waktu pagi tapi selepas magrib tadi.
Waktu pagi tadi mulut saya hanya mengalirkan darah sahaja, korang jangan risau. Darah tu hanya keluar sedikit jew tak banyak pun.
Saya tak kisah bukan sebab apa, tapi ini untuk menghilangkan kerisauan dalam hati keluarga dan para sahabat saya. Walaupun pedih saya tetap mampu bersabar, walau tiada yang faham penderitaan yang saya alami.
Saya memang teringin nak bagi tahu kawan karib saya yang dalam gambar di atas tu tapi saya takut apalah yang dia fikir nanti.
Erm, tapi doakan saya selamat dunia wal akhirat ye semua.
Doakan kesihatan saya juga, jangan lupa doakan saya mendapat hidayah sewaktu
dalam peperiksaan, semoga saya mendapat 9A dalam PMR nanti.
Doakan ye semua, Jazakallah Khairan Kasiroh.

2 comments :

Kisah Si Dairy said...

singgah sini

THE AUTHOR said...

Adakalanya kita kena beritahu...
kalau kita sakit makin teruk bukan awak sahaja yang sakit malah keluarga pun risau..

Mana tahu ia boleh diubati jika dirawat awal...

 
full design : jiakreatifelt