Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan(Al-Baqarah:148)

Amiru Ca'aziq

Bab 1: Taharah dan wuduk

Sentuh khinzir dan anjing dengan sengaja....

Soalan:
Ustaz apakah hukum sekiranya seorang yang beragama Islam menyentuh anjing dan khinzir dengan sengaja?

Jawapan:
Menyentuh sesuatu yang menyebabkan najis terlekat pada pakaian ataupun badan tanpa tujuan
adalah makruh kerana Nabi memerintahkan kita menjauhi kotoran dan najis.

Hingus najis?

Soalan:
Adakah hingus diketegorikan sebagai najis yang membatalkan wuduk dan solat?

Jawapan:
Hingus bukan najis dan ia tidak membatalkan wuduk dan solat. Ini kerana, hingus benda yang dianggap kotor dan tidak disukai oleh manusia, tetapi ia bukan najis. Benda yang kotor semestinya najis, tetapi ia bukan najis. Benda yang kotor tidak semestinya najis, tetapi benda yang najis itu semestinya najis, tetapi benda yang najis itu semestinya kotor.

Gunting rambut, tetapi belum mandi wajib
Soalan:
Ustaz, sekiranya kita menggunting rambut sedangkan kita belum mandi wajib, adakah rambut yang di gunting itu perlu dikutip semula?

Jawapan:
Tidak perlu kutip semula rambut itu, hanya rambut mayat perlu di mandikan.

Air lebihan wuduk
Soalan:
Ustaz, air lebihan wuduk boleh diguna semula ataupun tidak?

Jawapan:
Air mustakmal (air yang sudah digunakan bagi bersuci) tidak boleh digunakan bagi mengangkat hadas dan membersihkan tempat yang terkena najis. Untuk kegunaan-kegunaan  lain seperti merendam, membasuh pakaian,minum, dan sebagainya, ia dibolehkan.

Sentuh kemaluan ketika ada wuduk
Soalan:
Ustaz, menyentuh kemaluan sendiri ataupun kemaluan orang lain dapat membatalkan wuduk. Bahagian mana yang sekiranya disentuh ataupun tersentuh, batal wuduk bagi lelaki dan perempuan?

Jawapan:
Bagi lelaki adalah pada bahagian zakar sehingga hujung kepala zakar, manakala bagi perempuan pula adalah pada dua bibir faraj termasuk kelentitnya. Bagi bahagian dubur pula adalah sama sahaja bagi lelaki dan perempuan , iaitu pada bulatan dubur.

Berwuduk, tetapi bertindik di hidung
Soalan:
Ustaz, bagaimanakah cara berwuduk bagi orang wanita yang bertindik pada hidung?

Jawapan:
Cara berwuduk adalah seperti biasa, cuma alat yang bertindik pada bahagian hidung itu mesti di buka supaya air dapat diratakan ke seluruh bahagian muka.

Kencing yang tidak membatalkan wuduk
Soalan:
Dalam keadaan manakah kencing tidak membatalkan wuduk?

Jawapan:
Keadaan kencing yang tidak membatalkan wuduk ada dalam beberapa keadaan iaitu:
*Kencing melalui saluran yang di tebuk dari pusat.*Kencing orang dedas, iaitu sejenis penyakit kencing tidak lawas. Mereka yang  termasuk dalam golongan ini biasanya perlu memakai cawat dan mempunyai syarat-syarat yang perlu diikuti.
 *Kencing orang tidak ada wuduk.

Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum......hari ni nak cerita pasal
hikmah janggut...



Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah


Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Aku mengenali cinta yang istimewa buat ku

Assalamualaikum......
Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni saya nak bagi tahu bagaimana saya boleh mencintai seorang hamba Allah yang selalu ganggu saya di facebook waktu tengah malam....
Begini ceritanya.... waktu tu ada sorang hamba Allah add saya di facebook.
lepas tu saya approve jela kan.
Kalau korang nak tahu tiap-tiap waktu malam, mesti jew dia chat ngan saya pada waktu tu..... mula-mula saya layan jela, layan punya layan tiba-tiba hati ni rasa macam erm....tak tahu la nak cakap macam mana.
Tapi dia selalu kacau saya...mula-mula tu saya rasa macam dia tu penyebok lak.....
tapi mula-mula tu saya tak tahu dia sekolah mana, saya tanya la dia:-

saya: assalamualaikum, anti sekolah mana ya???

Nurul: walaikummusalam ana sekolah menengah ugama ar-rahmah la....
saya: hah, sekolah Ar-rahmah.....
Nurul: yela, abis tu sekolah mana lagi......

Jadi itulah yang berlaku.... lepas tu dia kata dengan saya, macam mana rupa anta ye.....

saya: aik, anti tak kenal siapa ana ke???
Nurul: tak....
saya: satu sekolah dah tahu, tak kan anti tak tahu.....kecuali mungkin ada separuh yang tak tahu.....
Nurul: erm, manalah ana nak amik tahu.

Saya terkejutlah tak sangka masih ada orang yang belum kenal lagi saya.
ok, kita sambung.....masa tu dia suruh saya lalu belakang sekolah sebab dia nak tengok muka saya dia suruh la lalu kat situ....tapi saya tak lalu pun kat situ, saya terus pergi ke kelas tingkatan 1 najah....
saya tanya kawan dia, Nurul Al Syahirah ada tak??
kawan dia kata takde....tapi masa saya tanya kawan dia saya tak sangka pulak orang yang dalam perjalanan ke kelas 1 najah tu dia.... lepas tanya kawan dia terus saya pergi, lepas tu kawan dia bagi tahu yang ada orang cari dia.
lepas tu dia kata mana???
kawan dia cakap tu ah.....lepas tu dia panggil saya, masa tu saya dengan kawan saya buat tak layan je.... saya pun buat pekak sampai ke kelas....
Dia boleh pulak kejar saya sampai ke kelas.....saya dengan kawan saya ape lagi
kita orang lari sambil berjalan, maksudnya nampak macam jalan tapi kaki gerak laju....hah, macam tu la maksudnya.
tapi saya tak terus masuk ke dalam saya duduk kat tepi pintu....lepas dia muncul saya ingatkan dia nak cakap psal kat facebook.....rupa-rupanya dia tanya pasal purdah yang saya mintak tu... bukannya saya yang nak pakai purdah tu tapi sepupu yang saya anggap macam adik saya tu yang nak pakai.
Dia tanya nak purdah warna apa, lepas tu saya cakaplah warna hitam.....
esok tu dia datanglah kat kelas saya lagi, dia bagi purdah tu kat saya.
masa mula-mula yang saya baru tahu yang dia tu pakai purdah hati saya mula tertarik pada dia....saya kata dalam hati Maha suci mu ya Allah andai nya dia boleh menerima ku sebagai peneman hidup ku.

pada hari jadinya saya beri hadiah kat dia, erm... tak istimewa sangatlah cuma bagi nombor baru kat dia, masa tu bukannya saya bagi kat dia pun tapi saya suruh dak fizah yang hantar hadiah tu kat dia.... tiba-tiba dia datang kelas saya, dia bagi lah satu surat kat saya....
dia kata macam ni, ehhemm....

Bismillahhiramanirrahim....

Assalamualaikum???
 Anta syukran hadiahkan ana nombor tu....
semoga anta jaga diri anta baik, jaga makan,
jaga minum, jaga adab, jangan tinggal solat.

lagi saya tak berapa ingat sangatlah maaf ye semua....
tapi seminggu selepas hari jadi dia... mula-mula dia mesej saya.

Nurul: Anta ni ana Nurul, anta topup kan ana... topup ana udah habis
Saya: ok, baiklah tuan pemaisuri...
Nurul: Ana bukan pemaisuri ana hanya manusia biasa sahaja....
Saya: ok, kalau macam tu baiklah tuan puteri....
Nurul: nak tanya boleh enggak???
Saya: boleh aja, anti mahu tanya apa???
Nurul: anta suka sama ana ya???
Saya: erm, kalau ana suka anti bukan anti suka sama ana pun.
Nurul: erm, mula-mula tu tak la sangat, tapi dah lama-lama erm.

Waktu tu cakap korang saya sangat gembira...... daripada takde semangat terus ada semangat hebat tak....masa tu saya berdoa kepada Maha suci mu Ya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, bertapa gembiranya aku Ya Allah pada hari ini... maha suci mu ya Allah jadikan la cinta ini kekal abadi hingga ke akhir hayat.Aamiin yarobbal alaminok, kita sambung lagi... tapi perkara yang saya betul-betul tak boleh lupakan, dia hadiahkan saya serban....masa tu kawan saya panggil tiba-tiba dia bagi serban tu kat saya....
mula tu saya terfikir dalam kepala kain buruk apa lak yang dak fizah nak bagi ni......
lepas saya dah sentuh dan tengok betol-betol, baru saya tahu itu serban.... tiba-tiba perasaan rasa macam nak mengalirkan air mata jew....
korang nak tahu sebabnya....ok, sebabnya ialah saya memang nak cari serban yang baru, tak sangka tiba-tiba saya boleh dapat serban....Alhamdulillah.
tiba-tiba ada surat di dalam serban tu....dalam kertas tertulis:-
Bismillahhiramanirrahim....
Assalamualaikum???
Ana hadiahkan anta serban, ana tahu pemberian ana
tak seberapa.....tapi inilah yang ana mampu beri untuk
anta, anta jaga baik-baik ye serban ni.... ini bekas pakwe
ana yang bagi tapi dia dah meninggal dunia, anta jagalah
serban ni macam nyawa anta sendiri,s
emoga anta jaga
diri anta baik, jaga makan,
jaga minum, jaga adab, 
jangan tinggal solat.

Waktu tu memang ah, rasa sedih sambil gembira......lepas tu saya bagi ayat ni kat dia tapi bukan
bagi dengan surat tapi tag namanya di facebook.... korang tengok dalam gambar di.


Sebelum saya tulis ayat ni saya kata dengan dia, anti kita mesti bercinta dengan 1 sebab....
iaitu kerana Allah S.W.T......itulah janji dan sebabnya.

Erm, mungkin tu je kot yang saya ingat...... Insyaallah kita sambung di cerita tahun depan.Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri kita sendiri saya ucapkan Assalamualaikum waramatullahi wabarakatu.


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam Hati

Assalamualaikum.....
saya nak bagi tahu ketika Ambil wuduk niatkan dalam hati, iaitu niat semoga dosa di ampunkan, ok, macam ni caranya untuk niat......tengok kat bawah.

1)Ketika berkumur, niatlah kamu dengan.....Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku.

2)Ketika membasuh muka berniatlah kamu dengan.....Ya Allah, putihkan lah muka ku di akhirat    kelak, aku bermohon janganlah kau hitamkan muka ku.

3)Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu  dengan.....Ya Allah, berikanlah buku amalan ku di tangan kanan ku.

4)Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan......Ya Allah, janganlah engkau memberi buku amalan ku di tangan kiri ku.

5)Ketika membasuh kepala, niatlah kamu dengan......Ya Allah, lindungilah aku dari terik matahari di padang masyar dengan Arasy mu.

6)Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan.....Ya Allah, ampunilah telinga ku yang mendengar perkara-perkara maksiat.

7)Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan......Ya Allah, permudahkan aku melintasi titian Siratul Mustaqqim.

8)Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan.......Ya Allah, bawakan daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat maksiat.

Kalau nak niat dengan ayat sendiri pun boleh, saya cuma ajar je..... erm, harap perkara yang korang niat jangan niat dengan hati yang lalai......


Korang tengok gambar kat atas tu, air laut itu di ibaratkan menghapuskan dosa-dosa pada diri kita, korang tengok ada makhluk kan kat pasir tu, hah, itu di ibaratkan seperti dosa..... ape jadi kalau makhluk itu kambing tak ke mati tu kena ombak laut yang kuat.....
begitu juga dengan dosa, tapi dosa takkan mati cuma terhapus saje......Biasanya kat TV3 waktu magrib mesti ada sabda nabi saw kan...... hah, dalam firman itu berkata:-
Angkatlah wuduk kamu dengan sempurna kerana dosa-dosa kamu akan mengalir keluar jikalau wuduk kamu di sempurnakan.......maksud sempurna itu adalah niat, kalau takda niat maka tidak sempurnalah air sembahyangnya.
jadi korang mungkin dah fahamkan, insyaallah..... apa yang saya beritahu ada kebaikan untuk semua....Insyaallah!!!

Wanita tua dengan seekor kucing di Tanah Suci


Assalamualaikum.....
Kepada yang tidak suka ataupun yang sangat mengasihi kucing,singgah sebentar di sini..Kita baca seketika kisah teladan di bawah ini..


...Ini Kisah seorang wanita tua yang menunaikan haji....

Wanita tua ini, semasa tawaf dan saie menggunakan kerusi roda kerana beliau sudah tua dan keuzuran..Lututnya pula lemah dan sentiasa sakit. Dia telah mengupah petugas Arab menolaknya untuk melakukan tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau hanya menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Disebabkan masalah kesihatan beliau tidak mampu melakukan ibadah sunat . Lagi pun wang yang dibawa hanya secukupnya sahaja.

Namun, ada satu amalan mulia yang dimiliki Muslimah ini. Wanita tua ini sangat mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Salah satu Sunnah nabi yang diterapkan ke dalam dirinya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya terdapat banyak kucing. Dia juga memungut kucing yang dibuang orang. Lalu diberikan makan dan minum. Kucing-kucing itu juga dirawat dan dimandikan.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.


Maka terkenal lah rumahnya sebagai pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikianlah begitu kasihnya Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, kucing-kucing peliharaannya menjadi sangat manja, gemuk , sihat, serta dan cantik-cantik belaka berkat khidmatnya yang ikhlas itu.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, bersolat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul .

Jauh di lubuk hatinya beliau menyimpan hasrat untuk bertawaf sebanyak mungkin seperti mana orang yang sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badannya pula uzur. Namun begitu setiap kali usai solat fardu beliau sentiasa memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dalam keadaan bertongkat,beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, tiba-tiba ia jatuh berkali-kali. Melihatkan keadaan itu , terbit perasaan belas kasihan wanita tua itu terhadap makhluk Allah yang kelihatan menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing tersebut, diurut tubuhnya yang lemah itu. Bukan itu sahaja, malah dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Ilahi, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. KeAjaiban ALLAH berlaku.. kaki dan lututnya yang sakit sebelum ini tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Alhamdulillah Muslimah itu tadi dapat bertawaf sebanyak-banyaknya. Tertunailah hajat yang terbuku di hati selama ini, berkat menolong seekor kucing yang berada di Makkah bumi suci itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu berada di lapangan terbang Jeddah, ketika hendak menaiki tangga pesawat , Muslimah itu tadi terkejut melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah tempoh hari.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing,seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini,lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti.Amin

WallahuA'lam

Benarkah Dunia Nikmat

Assalamualaikum..... hari ni saya akan bercerita tentang benarkah dunia nikmat???

Tanpa kita sedari kita diselubungi kasih sayang Allah s.w.t. Allah sentiasa menyeru kita agar sentiasa mengingati dan mengamati kata-katanya dalam al-Quran.



    Indah sungguh kata-kata Mu ya Allah sehingga tiada cacat celanya. Allah sering berpesan supaya kita menjadi insan bertakwa dan memerhati alam ciptaannya agar kita menjadi insan yang mengambil iktibar, lantas memiliki iman yang kental dan yakin.
    Dunia yang Allah jadikan sebagai hamparan yang luas ini mengandungi nikmat yang terlalu banyak sehingga tidak mampu dihitung oleh insan. Segala ciptaan ini hakikatnya adalah untuk kita meneliti dan mencari kasih Allah di sebalik nikmat yang terbentang.
    Bumi itu  hamparan dan langit pula binaan. Binaan yang tiada tiang atau cerucuk dalam yang menegakkannya. Subhanallah, Duhai insan, bagaimana kita dapat membina yang sangat luas di atas, tanpa tiang kukuh yang menyokong? Sudah tentu beribu-ribu tiang diperlukan untuk menyokong binaan kita yang besar. Duhai akal, carilah kasih sayang Allah daripada ciptaannya.
   Langit yang luas ini turut dijadikan Allah sebagai sumber rezeki kepada hamba-hambanya yang dihidupkan. Titisan hujan turun dari langit memberikan kehidupan kepada bumi yang tandus dan gersang serta menyuburkan tanah yang terbentang. Lantas bumi menjadi hamparan yang subur. Malah daripadanya dihidupkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang lazat dan berkhasiat.
   Masyaallah, segala-galanya ini diciptakan  untuk kita nikmati. Bagaimana dengan bayarannya?tiada bayaran untuk semua ini . Namun kita sebagai manusia sering lupa dan alpa. Aneh, lebih ramai yang hidup dengan nikmat Allah, namun ingkar akan arahannya. Tahu kewujudan perintah Allah, namun tetap melanggar dan melawan. Walaupun begitu, Allah tetap menurunkan segala nikmat untuk kita terus hidup di dunia ini dengan selesa. Merasai, mengecap dan mengaut segala nikmat dunia yang ada.
   Sedarlah aduhai hamba Allah, segala yang diberikan oleh Allah di dunia ini adalah untuk mencari takwa agar kita tidak menyekutukan Allah dengan kuasa lain yang sudah pasti lemah dan tidak berkuasa. Andai kita tidak melihat dunia dengan pandangan yang benar, pasti kita hanya mampu melihat keindahannya yang fana, tanpa dapat mendakap kasih sayangnya.



Ayat nasihat sahaja.....insyaallah ada kata-kata pujian untuk Allah

Assalamualaikum w.b.t.........
sesungguhnya kita bersyukur dapat hidup di muka bumi ini dalam keadaan islam......
aku juga beruntung dapat menjadi islam dan dilahirkan sebagai islam.....
Allah!!Allah!!Allah!!!
Maha suci mu ya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan memberi kehidupan kepada penduduk bumi......
saya adalah seorang hamba Allah yang teridam-idamkan untuk pergi ke baitul maqdis dan baitul haram saya ingin sekali bersolat di hadapan kabbah dan mencium hajarul aswad.....
tak mengapa saya cerita lain kali, sejak akhir-akhir ni kita sering kali melihat dan ternampak semua kebesaran Allah S.W.T........ mungkin kita ketahui pada bulan-bulan yang lepas banyak kebesaran Allah berlaku, mungkin orang Alim kata kebesaran Allah ada dimana-mana seperti tanah,air,binatang dan sebagainya. Itu kata-kata dari orang Alim, tapi bagi orang yang jahil dia jarang melihat kebesaran Allah berlaku didepan mata nya.
Sebenarnya kalau korang nak tahu pada telinga korang ada tulisan Allah, korang tengok betul-betul pada garisan telingan korang mesti macam bentuk alif hahhh....lepas tu korang tengok la sendiri. Tapi hati yang kotor wajib dicuci, bukan cuci dengan sabun atau benda-benda lain sebagai alat pencuci... itu bukan tapi cara untuk membersihkan hati yang kotor adalah dengan membuat kerja amal dan berbuat baik. Hati yang berkarat bagaikan barang yang rosak..... erm, mungkin macam ni kot pepatahnya....huhuhu
aku hentam saje la.



tengok gambar tu sungguh hebatnya kebesaran Allah S.W.T......
gambar ni sebagai contoh jew :-)
tapi korang tengok macam real kan, tengok kulitnya dia koyak kan, dengan maka keluar la
hati suci yang tertulis Allah.....

Ok, saya bagi 5 nasihat untuk bantuan kamu semua.....

1) kalau kamu mahu petunjuk maka solat lah kamu dengan niat solat istikharah......
2)kalau kamu mahu doa kamu cepat di makbulkan maka buat lah solat hajat pada hari jumaat atau bulan ramadhan.....
3)kalau kamu mahu mengadu sambil itu kamu berhajat pada Allah maka buatlah solat tahajjud iaitu pada separuh malam dalam pukul 3:00 pgi.....
4)kalau kamu ingin segala dosa-dosa mu diampunkan maka berpuasa la kamu pada bulan muharram.
5)kalau kamu tak mahu di azab oleh Allah maka bacalah surah Al-Mulk muka surat 562 dalam al-  quran kalau kamu semua tidak mahu diseksa oleh azab Allah maka baca lah surah ini.

Maksud disebalik nasihat yang saya beri kat atas tadi kalau tak faham maksudnya buat-buat faham jelah ye........hehehehe

1)solat istikharah adalah solat yang inginkan petunjuk sebagai contoh si polan ni ada dua makwe tapi dia tak tahu nak kahwin dengan antara dua makwe nye, jadi dia buat solat istikharah waktu sujud terakhirnya dia berdoa kepada Allah di dalam hatinya, dia berkata di dalam hatinya wahai tuhanku kau berikan la hamba mu petunjuk untuk mengahwini yang mana 1 makwe ku dan masa depan ku yang cerah bersama makwe ku antara 1.... dan lepas tu kalau nak tahu macam mana petunjuknya begini hati korang akan rasa mahu melarikan diri dari makwe pertama ataupun hatinya tidak lagi memandangnya sebagai makwe nye lagi.....mungkin itu petunjuknya, hanya Allah sahaja yang tahu......saya hanya bagi 1 contoh jew.

2)Memang betul nasihat tu tapi korang jangan berdoa saja-saja jew, apa ke bende doa macam tu.... korang kene doa dengan hati yang ikhlas, jangan semasa kamu berdoa dengan hati yang lalai , sesungguhnya Allah tidak memakbulkan hambanya dengan hati yang lalai.... tak semestinya kalau korang berdoa nak jadi kaya, lepas tu korang ingat duit tu boleh muncul sendiri kat langit jatuh atas rumah korang, takkan adanya sebab Allah takkan buat cara macam tu Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana...
3)tempat yang paling senang dimakbulkan doanya adalah diwaktu tengah malam kerana nabi pernah berkata waktu kita paling dekat sekali dengan Allah adalah di waktu malam kerana waktu itu manusia sedang tidur dengan lena.
4)itu aku amik dalam hadis tak berape nak ingat...... 
5)Surah Al-Mulk surah yang akan melindungi kita dari azab Allah..... sebab saya ada terbaca dalam kitab, dalam kitab tu tulis sesungguhnya barangsiapa yang membaca atau menghafal surah Al-Mulk maka dia akan dilindungi dari azab kubur dan azab Allah.
ok lah itu saje yang saya dapat sebarkan insyaallah saya akan sambung kisah tentang surah Al-Mulk ni.... bersabar ye semua :-)
Assalamualaikum???

Mai sini saya nak tunjukkan facebook saya......

Assalamualaikum......
saya bukan ape saje-saje jew nk nak cite pasal mcm mana saya jumpa facebook...... erm, masa tu saya jumpa facebook masa darjah lima tahun 2009......
tahun tu bukan tahun kegemilangan facebook....jadi saya try2 la buat facebook dah lama2 tu saya pun dapat sempurnakan facebook pertama saya......
tapi bila saya menggunakan facebook saya kejap-kejap tukar nama facebook saya....... dah tiba nama hamba allah ahmad haziq terus dah tak leh tukar nama......sengalkan saya ni.......tapi tu dulu, sekarang saya dah semakin bijak menggunakan facebook......
yang gambar kat bawah ni facebook pertama saya..... :-)

                                                  (gambar facebook pertama saya)

facebook ni takde la best sangat, tapi bila saya dah buat akaun facebook yang baru segala nya berubah.......
saya makin mendapat banyak kawan malah saya tak pernah bosan bila bukak facebook kedua saya.......
saya cadang nak buat facebook kedua tu sebagai penapis kawan yang tak dikenali, tapi saya ada dengar ceramah dari ustaz mana entah, dia kata walau tidak mengenali seorang hamba Allah.... sesungguhnya kita wajib mengeratkan siratul rahim sesama islam, tak kira islam atau pun tidak islam, dia tetap permulaannya dari Adam dan Hawa iaitu nenek moyang kita.....kita tak rasa bangga ke seluruh manusia yang berada di bumi ini semua nya dari keturunan Nabi Adam a.s.......
eah, saya dah terkeluar dari tajuk lak, hehehehe....maaf :-)
ok, kita sambung tentang facebook kedua saya lak..... saya buat facebook kedua saya pada tahun yang sama dan pada hari yang berbeza iaitu 25/12/2009....... tarikh ni adalah tarikh kegemilangan facebook sebab ramai pelajar tahun lima banyak yang dah tahu macam mana nak buat facebook dan sebab cara buatnya adalah simple, kemungkinan juga... budak-budak tahun lima ke bawah atau tahun lima keatas mesti sudah tahu tentang facebook...
ok sekarang saya tunjukkan facebook kedua saya.....
(gambar facebook kedua saya)
korang tengok baik-baik bila saya buat akaun baru inilah yang saya dapat........
kawan-kawan saya dah ada 2,409
manakala subscribers saya ada 3,975
cuba korang campurkan jadi berapa semuanya???
korang kira la sendiri, saya malas nak kira.......hehehehehe
sape-sape facebook dia yang takde butang subscribers hidupkan la ye.... kalau tak tahu macam mana nak buat nanti hubungi saya di facebook klik link ni jumpa la facebook saya...https://www.facebook.com/muhd.syahaziq?ref=tn_tnmn

aish!!!, cerita belum habis lagi korang ingat aku ada berapa facebook 2 je ke yang korang ingat??
facebook aku ada 4 tapi facebook ketiga aku........aku sudah berikan facebook itu pada seorang hamba Allah.... tengok gambar kat bawah ni.
(inilah facebook ketiga aku tapi sekarang tuan facebook ni adalah si berjihad fisabillilah)

inilah facebook ketiga aku, nampakkan tuan facebook ni jaga facebook aku dengan baik malah dengan bertangungjawab....... korang tengok kawan dia ada berapa banyak......mungkin tak sehebat hamba Allah yang lain yang mempunyai kawan sebanyak 5000...... itu la bekas awek dak syabil, kita takyah amik tahu sape syabil, facebook ngan tweet je....kalau nak tahu sape berjihad fisabillilah korang ad la die ye :-) klik link ni https://www.facebook.com/empatkembar.bersatu

ok, ah ni last aku nak tunjukan facebook terakhir aku....
tengok gambar kat bawah tu......





























ni la facebook terakhir aku....... cantik tak gambar tu.
facebook ni aku tak selalu bukak..... kalau korang nak ad klik je la link ni ye :-).....
https://www.facebook.com/mohd.syahaziq.5?ref=tn_tnmn

ok itu jelah yang aku boleh cite dah takde bende lagi yang aku boleh cite ok selamat malam or selamat pagi semua :-)

Assalamualaikum???

 
full design : jiakreatifelt